Selasa, 4 Disember 2012

Apakah Bahasa Baku?

Rencana di bawah disedut keseluruhannya daripada tulisan Awang Sariyan di dalam bukunya berjudul Tuntunan Bahasa.

Kata baku telah terdapat dalam kamus Melayu lebih kurang setengah abad lalu. Walau bagaimanapun , istilah tersebut menjadi popular apabila kerajaan memutuskan pengajaran dan penggunaan sebutan baku yang berasaskan keselarasan antara ejaan dengan sebutan pada tahun 1988, bersempena dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu. 

Kata baku ini sebenarnya berasal daripada bahasa Jawa. Menurut kamus , maknanya ialah " yang menjadi pokok , yang sebenarnya " ; " yang digunakan sebagai ukuran". Jadi bahasa baku dapatlah dikatakan bentuk bahasa yang benar. Di samping itu bahasa baku digunakan juga sebagai ukuran dalam hal penggunaan bahasa.

Maksud bahasa yang benar ialah bahasa yang digunakan dengan berdasarkan aturan-aturan yang berlaku dalam sesuatu bahasa itu.Sebagai  contoh , kata kerja dalam bahasa Inggeris digunakan dengan berdasar pada sistem kala atau waktu tense . Ada tiga kala yang utama , iaitu kala kini , kala lampau , dan kala hadapan .Apabila ada orang yang menggunakan bahasa Inggeris dengan tidak mengendahkan aturan itu , ia dianggap tidak menggunakan bahasa Inggeris yang benar. Kalau ada orang yang berani melanggar aturan itu , ia tentu tidak diterima sebagai pengguna bahasa Inggeris yang baik. Malah , ia mungkin saja dianggap orang yang tidak berpendidikan.

Dalam bahasa Melayu , ada juga aturan-aturan yang perlu kita patuhi jika kita ingin menggunakan bahasa yang benar dan jika kita ingin diakui sebagai orang yang berpendidikan. Aturan-aturan itu bukan ciptaan ahli-ahli bahasa sebagaimana yang disangka oleh setengah-setengah orang .Bukankah ahli bahasa sendiri merupakan pengguna bahasa juga?

Bagaimana masyarakat dapat menimbulkan satu sistem bahasa yang memungkinkan mereka saling memahami adalah soal yang sukar dijelaskan dengan pastri.Tetapi jika kita percaya bahawa manusia dikurniai akal oleh Tuhan maka akal itulah yang dimanfaatkan oleh manusia untuk menimbulkan bentuk bahasa yang tertentu.

Sejak abad ke-12 Masihi , bahasa kita mula mencapai tahap yang mantap. Kitab-kitab dalam bidang seperti sastera undang-undang , falsafah, agama dan ketatanegaraan telah dihasilkan dengan menggunakan bahasa Melayu yang tinggi darjah keseragamannya di seluruh Alam Melayu. Bahasa yang digunakan dari zaman itu hingga abad ke-19 dikenal sebagai bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu klasik itu berlandaskan aturan tertentu , baik dalam hal pembentukan kata mahupun ayat.

Perkembangan bahasa Melayu klasik sehingga menjadi bahasa Melayu moden sekarang ini berlaku secara beransur-ansur.Aturan-aturan yang terdapat dalam bahasa Melayu klasik itu tetap menjadi asas bahasa Melayu moden. Yang berubah ialah gaya bahasa atau cara mengungkapkan sesuatu. Sebagai contoh , kalau dalam bahasa Melayu klasik ,  ayat pasif lebih banyak digunakan, maka dalam bahasa Melayu moden tidak terlalu menonjol penggunaan ayat pasif jika dibandingkan dengan ayat aktif. Kedua-duanya digunakan dengan kadar yang agak sama banyaknya.Malah , kecenderungan orang menggunakan ayat aktif sekarang lebih banyak pula.

Dengan bertolak daripada sejarah ringkas perkembangan bahasa Melayu itu , maka dapatlah kita katakan bahawa bahasa Melayu baku telah mempunyai asas sejak berabad-abad yang silam. Bahasa Melayu telah memiliki tradisi yang teguh dalam hal sistem dan strukturnya.Sistem bahasa yang lahir daripada tradisi itulah yang kita sebut tatabahasa atau nahu. Tatabahasa itulah yang menjadi asas bahasa baku yang sedang kita bincangkan sekarang ini. Bahasa yang tidak didasarkan pada tatabahasa dengan sendirinya bukan bahasa baku.

Penyempitan konsep bahasa baku pada aspek sebutan sahaja merupakan kekeliruan orang tertentu. Bahasa yang baku ialah bahasa yang berlandaskan aturan atau sistem tertentu dalam penggunaannya, baik daripada segi sebutan , ejaan , kosa kata , tatabahasa , mahupun laras bahasa.

Semua bahasa bagi bangsa yang bertemadun memiliki bentuk bahasa  yang baku , tentu dengan istilah dalam bahasa masing-masing. Dalam bahasa Inggeris , ada standard English dan dalam bahasa Arab ada fusha , iaitu bentuk baku bagi kedua-dua bahasa itu.

Oleh itu jika ada orang yang menyarankan bahawa bahasa baku tidak diperlukan bagi bahasa Melayu , maka setujukah orang itu agar ditiadakan standard English atau fusha? Bukankah hal itu bertentangan dengan fitrah bahasa?



Rabu, 14 November 2012

BAGAIMANAKAH PERASAAN ANDA KETIKA MELIHAT GAMBAR-GAMBAR YANG DITUNJUKKAN ?















KESALAHAN UMUM BAHASA MELAYU DI MEDIA MASSA

SEJAK kebelakangan ini, perhatian masyarakat terhadap penggunaan bahasa Melayu agak kurang. Jelas bahawa keghairahan terhadap bahasa Inggeris telah menyebabkan bahasa Melayu dikesampingkan. Sementara banyak jabatan kerajaan memberikan latihan terhadap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan kakitangannya, kita hampir tidak pernah mendengar adanya sebarang latihan kepada mereka untuk mempertingkat penguasaan bahasa Melayu.
membantu penulis menyampaikan mesejnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz2CGrB9KeL
© Utusan Melayu (M) Bhd